Thursday, August 26, 2010

masak?

Assalamualaikum Warahmatullah, Salam 1Malaysia, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan

Memandangkan masa semakin suntuk di rumah tercinta, bosan-bosan ni, aku terfikir jugalah bagaimana kehidupan akan datang yang ternyata mencabar dengan kuliah semua dan juga kehidupan seharian yang lain... Perkara yang penting bagi hidup seorang pelajar lelaki di luar negara ialah memasak.... Jujurnya, diri ini tidak pernah terniat untuk memasak di mana-mana sahaja termasuklah di rumah atau pun semasa di icpu.. kak su & banana leaf sentiasa menjadi pilihan.... Jadi, bosan-bosan duduk di rumah ni, aku adalah mencari cara termudah dan boleh tahanlah untuk menyediakannya terutama bagi pelajar 'engine' yang teramat sibuk... Oleh itu, salah satu cara memasak yang amat mudah dan ringkas ialah menggunakan 'microwave'.. Tidak dinafikan selain untuk memanaskan masakan dan 'defrost' sesuatu masakan.. ternyata microwave mempunyai banyak aplikasi lain yang amat berguna...

kredit bagi alkiram.net

Memasak Menggunakan Microwave

Kepada pengunjung yang menpunyai microwave di rumah, saya postkan beberapa resepi cara memasak menggunakan microwave yang anda boleh cuba.Setakat ini saya guna microwave yg biasa saja , so tak leh nak kasi feedback . Maaf sekiranya resepi berkenaan ada yang tidak sesuai dengan microwave anda.

Masak nasi guna microwave. Senang. cepat & memg akan cantik nasinye. Pas tu boleh terus hidang dalam bekas nasi yang dimasak. Masak dalam kaserol besar dan mesti bertutup. Basuh beras mcm biasa & letak air x kisah byk mana, air yg lebih akan keluar sendiri. Biasanya biarkan beras td terendam dalam 1/2 jam baru msk so that beras td cukup kembg dan nasi jadi lembut yet berderai. M/wave yg ade function utk masak nasi, so tekan aje keynye and the microwave does the rest. Klu microwave biasa x penah try la pulak, tp rasanya boleh. Try buat dalam 10 mnts dulu, klu masih berair/ kurg masak tmbh lagi 5 mnts.


Steam fish ….style org cina dari DARSITA

Dalam mangkuk (special utk microwave) letakkan ikan yg dah di cuci bersih, letakkan garam, lada sulah (putih), minyak bijan, sedikit ajinomoto (kalau tak makan ajinomoto ..letakkan sedikit gula), hirisan halia dan hirisan, kicap soya (cair) sekadar mewanakan (dua tiga titik), sesudu besar minyak goreng.Peram selama 15 minit.

Cover mangkuk dengan plastik wrap (ada dijual di supermarket) patikan plastik ini satu inci dari bahan bahan atau isi ikan.
Masukkan dalam microwave .. untuk 9 minit.
Dalam kuali kecil masukkan dua sudu besar minyak dan goreng hirisan bawang putih. Hiriskan daun bawang (spring inion) bukan daun kucai ya …

Bila microwave sudah berbunyi ..tit tit tit … keluarkan mangkuk tadi, curahkan bawang putih goreng yg di goreng bersama minyaknya dan last taburkan hirisan daun bawang tadi. Tutup balik dengan plastik wrap.

Siaplah sudah stim/steam fish ini. Untuk menentukan isi ikan dah masak, cucuk daging ikan dengan toothpick ..kalau tak ada isi ikan yang melekat itu tandanya isi ikan dah masak.


Singgang Ikan dari Kak Liza

Bahan
1 ekor ikan tongkol/aye..potong kecil dan bersihkan
3 ulas bawang putih dimayang
2 cm lengkuas………….]dihiris nipis
2 cm kunyit hidup……..]
5 keping asam keping/gelugor
garam
ciliapi..ikut suka

Cara….
1. masukkan semua bahan dalam mangkuk kaca tahan panas dan tutup mangkuk itu.
2. Masukkan dalam microwave dan setkan HIGH selama 20 minit.
3. Keluarkan dan masukkan ciliapi

Kway Teow Mikro sumbangan Diana ResepiNet

1 paket kway teow
250g isi ayam
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 batang cili dihiris
garam secukup rasa
½ sudu kecil serbuk lada putih
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar minyak
½ batang lobak merah dihiris panjang
1 batang cili merah dihiris sebagai hiasan

Cara Cara
Letakkan minyak di bekas khas dan letakkan juga bawang putih dan isi ayam. Gaul hingga rata lalu masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 6-9 minit pada suhu sederhana panas.

Selepas itu, masukkan kway teow, sos tiram, kicap cair, garam, kicap manis, lada putih dan hitam dan lobak. Gaul lagi sehingga semuanya rata.

Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 90-120 saat pada suhu sederhana panas.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KENTANG BAKAR [MICROWAVE] [hanieliza]

Bahan

3 – 4 baking potaoes
aluminium foil

Cara..
1. Basuh dan bakarkan kentang dalam mocrowave oven pada HIGH selama 4 minit.
2. Terbalikkan kentang dan bakar lagi selama 4 minit.
3. Terbalikkan kentang lagi selama 2 minit pada MEDIUM bagi kedua2 belah kentang .
4. Keluarkan dari oven dan bungkuskan dengan aluminium foil sehingga lah masa makan.

NOTA: Hanya sesuai microwave oven berkuasa 700 watt

baked potatoes & sweet potatoes [chempaka_ku] – wrap dengan kertas tissue…

masak corned beef – tumis bwg & lada dulu di kuali…lepas tu masak corned beef (yang sudah masak dlm tin/packet) dan gaulkan dlm microwave even yg masih keras pun ok…..convenient kalau masak di office….

Ayam Gajus Mikro

500 g isi ayam (tanpa kulit)
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil serbuk lada hitam
100 g kacang gajus goreng
1 biji lada jepun hijau dipotong dadu
1 biji cili merah dihiris
2 sudu besar minyak
5 sudu besar jus lemon
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk perasa ayam
air secukupnya

Cara untuk Memasak Ayam:
Ratakan minyak di mangkuk mikro. Masukkan isi ayam dan gaul dengan 2 sudu besar jus lemon. Taburkan serbuk lada hitam dan bawang besar. Masak di dalam ketuhar gelombang mikro selama 9 – 12 minit pada panas sederhana.

Cara untuk membuat Sos:
Campurkan secawan air dengan tepung tepung jagung, mentega, serbuk perasa ayam dan 3 sudu besar jus lemon. Kacau hingga sebati. Masak di dalam ketuhar gelombang mikro selama 90 – 120 saat pada panas sederhana.

Cara untuk menyediakan Ayam Gajus Mikro:
Tuangkan sos dan ratakan di atas ayam. Taburkan kacang gajus. Hidangkan dengan hiasan lada jepun dan cili.

Langkah kanan Chetam hari ini(16/11/2005). Buka email tengok Diana ada kirimkan banyak resepi buat kek menggunakan microwave dalam ResepiNet. So sama-sama kita kongsi.

Tanak pulut dalam micro wave dari Kak Liza

1. beras pulut [ikut suka banyak mana nak masak] dibasuhkan dan masukkan dalam mangkuk bertudung…
2. Masukkan air anggran tinggi sedikit dari beras pulut tu..
3. Masakkan dalam m/wave oven pada MEDIUM selama 30 minit.
4. Bila dah masak..keluarkan dari oven microwave dan kacau rata..
5. Hidangkan dengan ikan masin goreng…atau kuah pengat durian…
Pulut Kuning ngan Micro wave[HangLyPoh

Bhn-Bhn

Beras Pulut 3 cawan( direndam ngan asam keping & serbuk kunyit sejam dua dulu)
Air 3 cawan
Santan 1 cawan
Garam sesedap rasa

Cara2-
Masukkan pulut yg telah di toskan ke dlm bekas ( yg tahan microwave tau)
masukkan air
tekan start ( lepas masukkan masa 10 minit)
bila bunyi beep , masukkan santan& garam,kacau 2 kan & tekan masa 10 minit lg
setelah selesai, keluarkan dan bentukkan jadi macam bentuk kek tu
Hiaskan ngan telur, timun

notes:- kalau masa masak tu nampak pulut macam keras je tambah air @ santan sikit lagi supaya nampak gebus…

nanti saya sambung lain kali untuk buat ayam panggang ala2 kenny rogers lak ye…selamat mencuba


Black Pepper Chicken dari Lin (sebijik rasa cam yg kat secret recipe tu)

ayam ( dada atau whole peha-buang tulang)
black pepper – dalam dua sudu besar, tumbuk
oyster sauce – dua sudu
bawang putih – seulas – tumbuk
bawang merah – dua biji – tumbuk
halia – 1/2 inci – tumbuk
fish sauce – ikut rasa ( guna garam pun ok)
kicap sikit

campur semua bahan, perap ayam dalam 10-15 mins
masukkan dalam pinggan, cover dengan cling filmmasukkan dalam microwave, masak for about 5-10 high ( masa selalu ikut kuasa microwave).

PENGAT PISANG METHOD KUKUS

buat macam biasa kita nak kukus dalam pengukus tapi time kurang dari conventional method of kukus.
Kalau buat lengat pisang dalam 8 inches container will take about 8-10 minutes.
So roughly for lepat pisang mengambik masa lebih kurang sama.

Kalau nak try, jangan terus guna high power. Start with medium/med high dulu. Lepas tu kalau rasa kena tambah power/time boleh tambah. Jangan lupa dilayurkan dulu daun pisang tu. Just soften it guna microwave pun boleh….tak perlu taruk air tu.

Bila lepat tu dah dilipat-lipat dalam daun pisang, susun atas microwaveable container.Tutup bekas tu dengan cling film.
make sure cling film tidak menutup terus keseluruhan bekas. Lipat di hujung sedikit supaya ada lubang untuk bagi steam keluar.

Another thing tentang buat kuih, puding, kek, bingka dan sewaktu dengannya bila guna microwave function, pastikan adunan cair sedikit berbanding masak secara conventional. Kalau adunan sama/kurang cair kuih akan dry. Biar cair sedikit dari biasa.

CARA MENGHILANGKAN BAU PADA MICROWAVE

Perahkan lemon kedalam mangkuk yg berisi air .. dalam 2-3 biji .. lemon tu masuk terus dalam mangkuk tu… jgn buang… pas tu masukkan mangkuk berisi air + lemon dalam mikrowave… buat cam kita nak panaskan lauk2 tu (lebih kurang 1 minit)…


1 comment: