Friday, August 6, 2010

Motivasi Diri

Sebenarnye, diri ini sudah lama tidak menghadiri aktiviti motivasi yang berteraskan agama dan sepertinya... Mungkin selepas menamatkan pembelajaran diperingkat menengah tiada aktiviti berunsur keagamaan yang giat aku ceburi.. Namun pada hari ini, aku berkesempatan mengikuti program motivasi upsr adikku yang bakal mengikuti peperiksaan upsr yang akan berlangsung tidak lama lagi... Walaupun sebenarnya aktiviti itu dihadiri oleh semua ibu dan bapa tetapi apa kan daya ayahku terpaksa berkerja 7 pagi- 7 ptg... jadi diri inilah yang menjadi teman kepada emakku dengan lebih tepat sebagai 'drebar'.. jadi dapatlah aku berjumpa dengan semua guru- guru ku yang telah bersusah payah mendidik ku sewaktu aku berada di sekolah rendah... seperti biasa kebanyakkan guru-guru bertanya akan kehidupan ku masa kini... dan apabila mengetahui bahawa diri ini bakal meninggalkan tanah air tercinta... alangkah berbangganya mereka hasil titik peluh mereka membuahkan hasil... aku berharap aku tidak akan mengecewakan semua guru-guruku.. berbalik kepada program motivasi tersebut.. macam biasalah.. aktiviti yang suka membuat budak-budak ni sedih, sebak nak menangis... penceramah tersebut ialah seorang ustaz dari sekolah rendah di kamunting, taiping... seperti biasa intipati motivasi tersebut berkisar kepada tanggungjawab kepada ibu bapa dan pengorbanan ibu bapa terhadap kita.... adalah beberapa budak-budak darjah 6 ni sebak..haha..... tetapi dalam ceramah tersebut penceramah tu asyik cakap pasal along2 je dalam contoh die... dah la aku ni along jadi tiba-tiba adela juga rasa sedih skit... tapi still tenang 'cool' 'steady'la yang mak aku kat sebelah ni dah ambil tisu kesat air mata... aku... still 'control'.. program ini macam program motivasi untuk aku pula kerana menekankan tanggungjawab etc etc... oleh itu, bagus juga la aku pergi ke sekolah rendah aku ni.. selain dapat berjumpa guru-guru yang dah lama mengajar dekat situ, semenjak aku dari darjah 1 rasenye.... kalau aku jadi seperti mereka tak tahulah dapat aku bertahan mendidik anak murid yang mempunyai banyak kerenah bertahun-tahun.... ish ish sungguh murni tugas seorang guru itu..

Baiklah, setakat itu untuk kali ini

No comments:

Post a Comment