Saturday, May 15, 2010

Menghitung Hari

...post pertama dalam bm

Sudah lama rasanya tidak menulis dalam bahasa kebangsaan Malaysia. Bermula hari ini, ada 19 hari lagi sebelum menempuh peperiksaan akhir ICPU yang akan bermula pada 4 Jun dengan kertas eng4u, kimia dan terakhir sekali 'calculus and vector'. Kalau nak dikutkan 24 hari lagilah sebelum aku bebas daripada program ICPU ini. Selepas itu, akan berlangsunglah hari graduasi, terpaksa menghadiri biro tatanegara walaupun perlawanan 'Fifa world cup' sudah bermula.. dan aku terpaksa berurusan untuk mendapatkan paspot and visa pelajar untuk membolehkan aku melanjutkan pelajaran ke Kanada, jika tiada aral melintang... masa berlalu sungguh cepat sehinggakan setahun bagai sehari...haha.. terlebih 'power' pulak ayat kali ini...

Teringat saat pertama mendaftar program ICPU, tekanan terasa untuk menyesuaikan diri dalam suasana Kolej Taylor's dan bandar Subang Jaya yang teramat sibuk...Selain itu, diri ini berasa sedikit terkejut dengan semua 'lecturer' yang mengajar program ICPU ini semuanya orang putih Kanada..adalah sesat seorang dua pensyarah warganeganegara Malaysia..Di samping itu, teringat kenangan manis di Kuala Nerang....yang mana aku hampir menghabiskan satu semester di sana di bawah tajaan mara ke australia.. jadi adalah sedikit perasaan berbelah bahagi di hati.. tetapi kini aku telah hampir berjaya menghabiskan program ICPU dengan mendapat pencapaian yang baik.. tidaklah terbaik tapi boleh jugaklah hendak dibanggakan..(angkat bakul je ..) Mulai hari itu, aku sedar bahawa setiap yang berlaku itu ade hikmahnye daripada tuhan yang maha esa... mungkin Dia ada jalan yang lebih baik untukku di masa hadapan.. Jadi sekarang ni aku memang meletakkan 'chemical engineering' sebagai pilihan pertama aku dalam permohonan universiti dan alhamdulillah segala perancangan aku setakat ini lancar apabila aku lepas keputusan IELTS dan pelbagai lagi cabaran selama aku berada di dalam program ini... Pilihan aku ini juga merupakan hasrat ibunda and ayahanda yang menginginkan aku mengambil program tersebut dan aku juga mempunyai minat yang mendalam dalam program tersebut.. senang cerita aku amat seronok dengan subjek kimia..haha.. Pilihan ibu bapa adalah yang terbaik termasuklah dalam hal ehwal mencari jodoh..haha.. (fikiran dah jauh sgt)..

Apa yang aku harapkan dalam beberapa hari lagi ini, aku dapat membuat pembentangan ISU kimia dengan baik bersama ahli kumpulan ku.. mueen, eddy,red and maung... dan yang terakhir sekali menjawab peperiksaan akhir dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat 'average marks' 95 keatas.. untuk mendapat nilai biasiswa yang lebih tinggi di universiti kelak...

Sekian..

No comments:

Post a Comment